Kamis, 28 Mei 2009

Lumut dan paku

Tumbuhan lumut

Tumbuhan lumut dengan sporofit muda

Tumbuhan lumut merupakan sekumpulan tumbuhan kecil yang termasuk dalam divisio Bryophyta (dari bahasa Yunani bryum, "lumut").

Tumbuhan ini sudah menunjukkan diferensiasi tegas antara organ penyerap hara dan organ fotosintetik namun belum memiliki akar dan daun sejati. Kelompok tumbuhan ini juga belum memiliki pembuluh sejati. Alih-alih akar, organ penyerap haranya adalah rizoid (harafiah: "serupa akar"). Daun tumbuhan lumut dapat berfotosintesis. Tumbuhan lumut merupakan tumbuhan pelopor, yang tumbuh di suatu tempat sebelum tumbuhan lain mampu tumbuh. Ini terjadi karena tumbuhan lumut berukuran kecil tetapi membentuk koloni yang dapat menjangkau area yang luas. Jaringan tumbuhan yang mati menjadi sumber hara bagi tumbuhan lumut lain dan tumbuhan yang lainnya.

Dalam bahasa sehari-hari, istilah "lumut" dapat merujuk pada beberapa divisio. Klasifikasi lama pun menggabungkan pula lumut hati dan lumut tanduk ke dalam Bryophyta, sehingga di dalam Bryophyta terangkum lumut tanduk, lumut hati, dan lumut sejati (Musci). Namun, perkembangan dalam taksonomi tumbuhan menunjukkan bahwa penggabungan ini parafiletik, sehingga diputuskan untuk memisahkan lumut hati dan lumut tanduk ke luar dari Bryophyta. Di dunia terdapat sekitar 4.000 spesies tumbuhan lumut (termasuk lumut hati), 3.000 di antaranya tumbuh di Indonesia[1]. Kebun Raya Cibodas di Jawa Barat memiliki "taman lumut" yang mengoleksi berbagai tumbuhan lumut dan lumut hati dari berbagai wilayah di Indonesia dan dunia.


Pergiliran keturunan


Pergiliran keturunan tumbuhan lumut

Tumbuhan lumut mengalami pergiliran keturunan dalam daur hidupnya. Apa yang dikenal orang sebagai tumbuhan lumut merupakan tahap gametofit (tumbuhan penghasil gamet) yang haploid (x = n). Dengan demikian, terdapat tumbuhan lumut jantan dan betina karena satu tumbuhan tidak dapat menghasilkan dua sel kelamin sekaligus.

Sel-sel kelamin jantan (sel sperma) dihasilkan dari anteridium dan sel-sel kelamin betina (sel telur atau ovum) terletak di dalam arkegonium. Kedua organ penghasil sel kelamin ini terletak di bagian puncak dari tumbuhan. Anteridium yang masak akan melepas sel-sel sperma. Sel-sel sperma berenang (pembuahan terjadi apabila kondisi lingkungan basah) menuju arkegonium untuk membuahi ovum.

Ovum yang terbuahi akan tumbuh menjadi sporofit yang tidak mandiri karena hidupnya disokong oleh gametofit. Sporofit ini diploid (x = 2n) dan berusia pendek (3-6 bulan untuk mencapai tahap kemasakan). Sporofit akan membentuk kapsula yang disebut sporogonium pada bagian ujung. Sporogonium berisi spora haploid yang dibentuk melalui meiosis. Sporogonium masak akan melepaskan spora. Spora tumbuh menjadi suatu berkas-berkas yang disebut protonema. Berkas-berkas ini tumbuh meluas dan pada tahap tertentu akan menumbuhkan gametofit baru.

Peran tumbuhan lumut dalam ekosistem

Tumbuhan lumut memiliki peran dalam ekosistem sebagai penyedia oksigen, penyimpan air (karena sifat selnya yang menyerupai spons), dan sebagai penyerap polutan.

Manfaat tumbuhan lumut

Bebera

pa tumbuhan lumut dimanfaatkan sebagai ornamen tata ruang. Beberapa spesies Sphagnum dapat digunakan sebagai obat kulit dan mata.


PENGENALAN TUMBUHAN PAKU – PAKIS

Tumbuhan

han paku – pakis ( pteridoftit ) merupakan vegetasi dan tumbuhan dedaun . Ia meru

pakan golongan tumbuhan yang mempunyai ciri – ciri khas iaitu pada pucuk daun muda

terdapat satu gelungan tali yang dikenali sebagai krozier . Ciri lain yang nyata ialah kesemua paku – pakis m

enghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium . Sporangium ini berkumpul membentuk tompok – tompok di bahagian hujung , permukaan ataupun tepi daun . Kumpulan sporangium ini dikenali sebagai sorus . Susunan dan bentuk sorus berbeza – beza bergantung kepada spesies paku – pakis tersebut .

Secara amnya , tumbuhan paku – pakis dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu paku – pakis primitif yang berstuktur ringkas ( fern – allies ) dan paku - -pakis sejati ( true – fern ) . Pada paku – pakis primitif akarnya hanya berupa riziod ( cth. Psilotum ) , berbatang kecil dan umumnya berwarna hijau kerana memiliki klorofil sehingga dapat membantu proses fotosintesis dan daunnya hanya berupa sisik dengan satu vena daun sahaja . Manakala pada paku – pakis sejati , pembahagian antara akar , batang dan daun tampak jelas . Ketiga – tiga organ tersebut telah memcapai kesempurnaan yang tinggi .

Sebilangan besar paku – pakis tumbuh liar terdapat disekitar kita . Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 500 spesies paku – pakis liar yang telah dikenal pasti . Paku – pakis ini ada juga yang dimakan dan ia lebih dikenali sebagai Athyrium esculentum . Di samping itu , terdapat juga paku – pakis liar yang dipercayai mempunyai khasiat perubatan . Nenek moyang kita dahulu sudah menggunakan pelbagai spesies paku – pakis sebagai ubat – ubatan tradisional untuk mengubati penyakit kulit , luka dan sakit perut . Ada juga yang boleh digunakan sebagai penahan darah dan penyubur rambut . Kini paku – pakis telah dijadikan sebagai tumbuhan perhiasan , antaranya ialah Lycopodium , Asplenium , Playcerium dan sebagainya .

Tumbuhan pteridoftit tersebar luas ke seluruh dunia , kecuali di bahagian kutub yang sentiasa dilitupi ais . Kira – kira 75% spesies ini terdapat di kawasan tropika , hampir tropika dan juga kawasan pergunungan yang berhampiran dengan kawasan tropika . Spesies yang hanya terdiri daripada bahagian batang yang berwarna hijau iaitu tanpa akar dan daun sejati ditemukan pada genus Psilotum , hingga kepada genus Cyathea yang mempunyai akar sejati dan berdaun tebal , batang sempurna dan memyerupai batang pohon palma . Untuk menentukan variasi panjang atau tinggi paku – pakis dimulai dengan spesies yang berukuran kurang daripada 2.5 cm seperti pada paku – pakis air dari genus Azolla hingga kepada spesies yang memcapai ketinggian 30m seperti paku – pakis CyatheaDicksonia .

SISTEM PENGELASAN ALAM PAKU – PAKIS

Dalam sistem pengelasan botani lama oleh Eichler tahun 1883 dan Bold et al. , 1980 semua tumbuhan dibahagikan kepada 4 divisi yang besar iaitu Thallophyta , Bryophta , Pteridophyta dan Spermatophyta . Divisi Thallophyta meliputi semua jenis rumpai air sama ada di air tawar mahupun di laut . Divisi Bryophyta dianggotai oleh 3 kelompok lumut iaitu lumut hati , lumut kerak dan lumut jati . Semua tumbuhan berbiji pula digolongkan ke dalam divisi Spermatophyta . Sementara tumbuhan yang kita kenali dengan nama umum paku – pakis , serta beberapa jenis tumbuhan yang berkaitan dengannya telah dikelaskan oleh ahli – ahli botani dalam divisi Pteridophtya .

Dalam tinjauan sejarah evolusi alam tumbuhan , divisi Pteridophyta ditempatkan di antara divisi Bryohyta dan Spermatophyta kerana beberapa sifat perantaraan pada golongan tumbuhan ini sehingga dianggap sebagai jambatan yang menghubungkan bentuk tumbuhan yang primitif dengan bentuk tumbuhan moden . Walaupun terdapat divisi yang masih belum sempurna strukturnya seperti pembahagian akar , batang dan daun , namun kebanyakan spesies paku – pakis telah memcapai pertumbuhan yang tidak terbatas sehingga dinamakan paku pohon . Ini kerana pembentukan batang dan daunnya begitu sempurna menyerupai Spermatophyta . Sistem pengangkutan ( sistem vaskular ) terbentuk dengan sempurna pada peringkat tinggi dengan elemem – elemen seperti xilem dan floem yang membentuk tisu – tisu pengangkutan yang cekap dari akar ke daun .

Menurut Engler ( Lawrence , H.M. 1968 ) alam tumbuh – tumbuhan dapat dipisahkan ke dalam tiga belas divisi . Sebelas divisi pertama termasuk dalam golongan tumbuh – tumbuhan Thallophyta , divisi kedua belas ( Embryophyta Asiphonogama ) dipisahkan ke dalam dua subdivisi iaitu Bryophyta dan Pteridophyta , sementara divisi ketiga belas

( Embryophyta Siphonogama ) merupakan tumbuh – tunbuhan Spermatophyta .

BINAAN DAUN PAKU – PAKIS

Terdapat dua jenis daun paku – pakis , yang pertama dinamakan sebagai daun mikrofil yakni daun yang berbentuk sisik dengan ukuran yang sangat kecil umunnya kurang daripada 1 cm panjangnya . Jenis daun mikrofil ditemukan pada paku – pakis seperti pada genus Psilotum , Lycopodium , Selaginella dan Equisetum . Khusus pada Psilotum dan Equisetum daunnya mengalami pengurangan dari segi bentuk dan fungsi sehingga bentuknya menjadi sangat kecil dan tidak menjalankan fungsi fotosintesis .

Jenis kedua dikenali sebagai daun makrofil , iaitu daun yang mempunyai ukuran lebih besar daripada daun mikrofil dan mempunyai susunan yang lebih kompleks dengan pelbagai variasi dan aktif bagi berbagai – bagai fungsi fisiologi seperti pada daun tumbuhan peringkat tinggi . Ia terdapat dalam bentuk tunggal atau majmuk iaitu permukaan daunnya ( lamina ) tidak terbahagi kepada segmen – segmen yang terpisah malahan dihubungi kepada batang atau rizom melalui suatu tangkai sama ada panjang atau pendek . Contoh Vittaria , Ophioglossum , Antrophyumi , Salvinia dan lain – lain . Daunnya terdapat dalam sifat pinat , bipinat , tripinat , kuadripinat dan seterusnya .

PEMBIAKAN PAKU – PAKIS

Spora , Sporangium dan Sorus

Spora adalah struktur pembiakan halus yang dihasilkan oleh paku – pakis . Terdapat pelbagai bentuk spora , antaranya bulat , pipih ( monolete ) , segitiga

( trilete ) dan sebagainya . Untuk melihat struktur spora tersebut , mikroskop elektron pengiaman ( Scanning Electron Microscope ) digunakan .

Sporangium pula merupakan kapsul yang berbentuk kanta dwicembung . Dinding sporangium terdiri daripada satu atau beberapa lapisan sel , kecuali pada bahagian tepinya terdapat suatu lapisan sel berdinding tebal yang mengelilingi sebahagian kapsul yang dinamakan anulus . Pada bahagian hujung lingkaran terdapat satu kumpulan sel yang pipih yang dikenali sebagai stomium . Apabila sporangium masak sel stomium akan pecah dan membebaskan spora yang terdapat didalamnya .

Sorus merupakan satu untaian ( nama khasnya spika ) seperti yang ditemui pada Ophioglossum , atau berbentuk garis panjang seperti pada genus Pteris atau yang bulat seperti genus Phymatodes . Kedudukan dan susunan sorus amat penting kerana ia bakal menentukan genus dan spesis paku – pakis .

Indusium

Indusium adalah suatu lapisan pelindung untuk melindungi sporangium terutama yang masih muda . Ada sorus yang tidak dilindungi oleh indusium yang dikenali sebagai sorus yang telanjang . Sementara yang dilengkapi dengan indusium terdapat dua jenis . Jenis yang pertama dinamakan indusium sejati yang mana lapisan tisunya berupa penutup melengkok terdiri daripada dua ruangan dengan bahagian tengah berhubungan dan mengikatkannya kepada permukaan daun . Manakala lapisan pelindung yang hanya berupa pelebaran dari bahagian tepi daun yang bengkok dinamakan indusium palsu .

Ekologi Paku – pakis

Ekologi paku – pakis dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah cahaya , hujan , angin ,perubahan suhu dan tumbuhan lain yang berada disekitarnya . Secara amnya terdapat enam golongan paku – pakis dikenal pasti berdasarkan faktor – faktor di atas :

¨ Paku – pakis terestrial di kawasan terdedah

Golongan ini mudah dijumpai sama ada tumbuh secara bersendirian atau berbentuk gerombolan atau semak besar . Contoh yang hidup bersendirian ialah Blechnum orientale dan Pityrogramma , sementara yang tumbuh bergerombolan pula ialah resam Dicranopteris linearis , tumbuh di kawasan tanah gersang dan kering ialah Cyclosorus gongylodes . .Manakala yang memanjat ialah Lygodium , namun akarnya masih menjalar di bawah tanah .

¨Paku – pakis terestrial di kawasan terlindung

Secara keseluruhannya , tumbuh – tumbuhan ini memiliki daun yang lebih nipis jika dibandingkan dengan tumbuhan paku – pakis dikawasan yang terdedah . Sebahagian besar paku – pakis ini dijumpai berhampiran dengan tepi – tepi sungai di dalam hutan primer . Walaupun sesetengah daripadanya menghasilkan rizom yang menjalar tetapi ia tidak membentuk kelompok besar ( gerombolan ) seperti Gleichenia Dicranopteris atau Nephrolepis .

¨Paku – pakis memanjat

Golongan ini mempunyai rizom yang menjalar di atas tanah dan apabila menemui pohon – pohon yang besar maka ia akan terus memanjatnya . Kadang – kadang akar bermula pada dasar atau pangkal pohon – pohon dan kemudian akan memanjatnya . Contoh paku – pakis jenis ini ialah Bolbitis heteroclita yang biasanya menjalar di tebing – tebing sungai dan apabila menjumpai pohon – pohon kecil ia akan terus memanjatnya .

¨Epifit

Ia hidup di atas pohon – pohon lain tetapi bukannya tumbuhan parasit kerana ia hanya berpaut pada kulit kayu untuk mengumpul makanan dan air yang diperlukan . Akar paku – pakis epifit ini jarang menjejaki tanah kerana ia biasanya diselimuti oleh tumbuhan lumut . Lumut ini sedikit sebanyak membantunya mengumpul air dan humus sebagai sumber nutrien . Spesies jenis ini juga mempunyai cara – cara tertentu untuk mengumpul humus misalnya pembentukan bakul yang besar seperti yang ditunjukkan oleh Asplenium nidus dan Aglamorpha sp .

Paku – pakis epifit dibahagikan kepada dua jenis iaitu

= Epifit di kawasan terlindung

Jenis ini didapati pada bahagian bawah pohon – pohon hutan misalnya dari golongan filmy fern iaitu spesis dalam famili Hymenophyllaceae . Tumbuhan ini mempunyai cabang dan daun yang nipis . Contoh lain ialah Antrophyum .

= Epifit di kawasan terbuka

Jenis paku – pakis ini mendapat cahaya yang penuh mahupun separa .Udara disekelilingnya kering dengan tiupan angin yang kuat . Justeru itu tumbuhan jenis ini memerlukan rizom yang kuat dan akar yang banyak untuk menyerap air seperti pada Asplenium nidus. Begitu juga dengan paku – pakis Platycerium dan Drynaria yang mempunyai daun steril untuk membentuk bakul besar bagi menangkap humus untuk sumber nutriennya .

¨Paku – pakis batu – batan dan pinggiran sungai

Golongan ini hidup di kawasan berbatu dan tebingan sungai yang berbatu sahaja . Ia mendapatkan air dari udara yang berkelembapan tinggi di tepi –tepi sungai itu . Rizomnya menjalar kuat di permukaan batu dengan akar yang banyak . Contohnya ialah Dipteris lobbiana , Lindsaya lucida , Pyrrisia perangium dan lain – lain .

¨Paku – pakis akuatik

Terdapat dua famili paku – pakis akuatik iaitu Salviniaceae dan Marsileaceae yang sukar untuk dikenali sebagai tumbuhan paku – pakis dalam pandangan yang sekilas sahaja .Terdapat juga beberapa paku- pakis yang menghuni paya atau lopak air misalnya Acrostichum aureum dan Ceratopteris thalictroides .

Kitar hidup paku – pakis dan penyimpangannya .

Paku – pakis pada umunnya menpunyai kitar hidup dengan perselangan dua jenis generasi :

iGenerasi tanpa seks

Ia dikenali sebagai sporafit yang berupa tumbuhan paku – pakis yang dapat dibezakan antara akar , batang dan daun . Generasi tanpa seks ini disebut generasi yang diploid .

iGenerasi seks

Generasi seks adalah gametofit yang berasal dari sporafit sehingga gametofit ini bersifat haploid . Gametofit ini akhirnya akan membentuk gamet jantan ( anterozoid ) dan gamet betina ( sel telur ) .

Farlow ( 1874 ) berpendapat bahawa gametofit dapat membentuk sporofit tanpa persenyawaan gamet dan dikenali sebagai Apogami oleh De Bary ( 1878 ) contohnya pada Tectaria foliata .

Manakala Druery ( 1885 ) menyatakan sporafit dapat menbentuk gametofit tanpa spora terlebih dahulu dan ini dikenali oleh Bower ( 1885 ) sebagai Apospori . Contohnya Athyrium filix – foemina yang ditemui oleh Druery . Gametofit akan menghasilkan anteridium dan arkegonium yang dikenali sebagai gametangium . Ada dua jenis apospori iaitu jenis i dan jenis ii .

Jenis paku – pakis

Divisi Pteridophyta
Famili Schizaeceae
Lygodium microphyllum R . Br . ( Ribu – ribu )

Paku – pakis jenis ini amat mudah dijumpai . Ia tumbuh dengan merambat pepohon lain di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari . Ia menyerupai paku – pakis Lygodium flexuosum tetapi ukuran daunnya lebih kecil dan berwarna hijau pucat .

Famili Matoniaceae

Matonia pectinata R . Br .

Paku – pakis jenis ini ditemui di kawasan pergunungan misalnya di Gunung Ledang , Tanah Tinggi Genting dan Gunung Tahan . Sistem percabangan pada daun Matonia menyerupai Gleichhenia . Namun yang membezakannya ialah percabangan menggarpu Matonia lebih sempurna dan tidak terdapat pucuk dorman pada celah – celahnya yang dilindungi oleh indusium . Rizomnya tumbuh menjalar dan ditutupi oleh rambut berwarna coklat yang berkilat .

Famili Marattiaceae

Angiopteris angustifolia Presl . ( Paku gajah )

Paku –pakis ini berukuran lebih besar dan mencapai ketinggian 6m . Tumbuhan ini hanya dijumpai di kawasan tanah tinggi sahaja misalnya di Bukit Fraser . Ia menghuni tempat yang lembap seperti tebing sungai atau anak air didalam hutan tebal .

Famili Osmundaceae

Osmunda javanica Bl .

Paku – pakis jenis ini mempunyai taburan yang luas di seluruh dunia . Ia biasanya berada di aras lebih 1000m dari laut . Habitatnya merupakan kawasan lembap atau pingiran sungai yang mempunyai ketinggian kira – kira 1200 m ke atas aras laut dan terlindung . Batangnya pendek , kuat dan tumbuh tegak .

Famili Cyatheaceae

Cyathea contaminans ( Hook ) Copel . ( Paku pohon )

Paku pohon ini merupakan spesies yang paling mudah didapati di kawasan tanah tinggi kira – kira 1000m dari aras laut . Ia juga mudah dikenali kerana pelepahnya yang mudah tanggal meninggalkan bekas pada batangnya .Batang paku pohon diselimuti oleh akar yang mati berselirat seperti dawai dan biasanya kulit batang ini diperdagangkan untuk pemindahan anak benih tanaman orkid . Tangkai fronnya yang panjang , memjunjung lamina . Paku – pakis ini lebih berjaya membiak secara vegetatif iaitu melalui pertumbuhan panjang rizomnya yang kemudian akan terputus secara mekanisme misalnya akibat arus kencang , terpotong dan lain – lain , maka terbentuklah individu tumbuhan yang baru .

Famili Adiantaceae

Ceratopteris thalictroides ( L . ) Bri\ongn

Keseluruhan tumbuhan ini berwarna hijau . Rizomnya pendek , tegak mengeluarkan segerombolan akar yang lembut berwarna putih . Bahagian pangkal stip besar , kira – kira 1 cm tebalnya dan semakin mengecil ke bahagian hujung . Sporangium terdapat dalam sorus yang memanjang iaitu di atas vena .

Famili salviniaceae

Salvinia cucullata Roxb .

Ia merupakan paku – pakis akuatik yang aneh kerana tidak memiliki akar . Ia biasanya menempati bendang padi ,kolam , longkang atau tali air . Rizomnya berbulu , tidak berakar , panjang dan terapung di atas permukaan air . Dari rizomnya itu keluar tiga kelompok daun , dua kelompok menyerupai daun yang berwarna hijau sementara kelompok yang ketiga terbenam di dalam air membentuk segmen – segmen yang terdiri daripada organ yang seperti akar .

Famili Dennstaedtiaceae

Oleandra pistillaris (Sw. ) C. Chr .

Paku – pakis ini amat mudah dikenali kerana daun – daunnya yang tumbuh berjambang mengelilingi batang . Batangnya tumbuh tegak dan diselimuti oleh sisik yang berwarna coklat dan bercabang – cabang . Setiap daun tidak bertangkai dengan tepi daun berombak . Sporangiumnya terdapat di dalam sorus yang berbentuk barisan di kiri kanan vena utama di permukaan bawah daun . Sorus tidak dilindungi oleh indusium .

Famili Polypodiaceae

Drymoglossum piloselloides ( Linn . ) Presl ( Duit – duit , sakat ribu – ribu , sisik naga )

Paku – pakis epifit ini mudah dijumpai di atas pohon – pohon yang besar dan tua . Batangnya mempunyai rizom yang halus menjalar dan dilitupi oleh sisik – sisik kecil Sporangiumnya terkumpul dalam sorus yang mengelilingi hampir keseluruhan tepi daun fertil . Sesetengah petani terutamanya di Melaka mempercayai air tumbukan daripada paku- pakis ini apabila dicampurkan dengan buah kundur dapat membunuh dan mengusir pianggang iaitu sejenis serangga yang merosakkan padi yang baru mula berbuah .

Famili Azollaceae

Azolla pinnata R. Br.

Spesies paku – pakis ini amat aneh kerana bentuk dan ukurannya yang sangat kecil berbanding dengan paku – pakis yang lain . Tumbuhan ini mudah dijumpai di kolam air dan bendang padi . Rizomnya halus , panjang 2 cm dan darinya keluar dua barisan daun , dan akar yang mengarah ke dalam air . Ia biasanya dijumpai dengan banyaknya dalam takungan air yang akan memyebabkan air berwarna kuning kehijauan . Kehadiran spesies ini di sawah padi menguntungkan kerana ia hidup bersimbiosis dengan sejenis rumpai air Anabaena yang dapat mengikat gas nitrogen .

Divisi Microphyllophyta

Famili Lycopodiaceae

Lycopodium phlegmaria L.

Paku – pakis ini dijumpai di kawasan tanah rendah di dalam hutan tebal . Ia akan bergantungan di celah – celah dahan yang besar , lembap dan kaya dengan humus Rizomnya menjalar di kulit kayu pohon – pohon lain yang berhumus terutamanya di celah cabang . Daun – daunnya yang kecil berbentuk segitiga dengan bahagian yang rata dan lebar melekat pada cabang pokok kayu .Ia hanya mempunyai satu vena sahaja yang terletak di bahagian tengah . Sporangiumnya terkumpul di dalam strobilus di bahagian hujung cabang dan terletak di celah daun fertil yang lebih kecil . Ia sering ditanam sebagai tumbuhan perhiasan yang sangat menarik .

Famili Selaninellaceae

Selaninella wallichii ( Hk . & Gr . ) Spring

Paku – pakis ini tumbuh melata tetapi tegak . Ia banyak didapati di pinggir hutan dan lantai hutan yang tidak terlalu redup . Paku – pakis herba ini kerap tumbuh berkelompok membentuk koloni yang homogen .Percabangan yang terbentuk dikenali sebagai jenis psedopinat . Sporangiumnya terkumpul pada bahagian hujung anak cabang membentuk sorus yang dinamakan strobilus . Strobilus ini berbentuk tetragon .

Arthrophyta Famili Equisetaceae

Equisetum debile Roxb . ( Paku ekor kuda )

Paku – pakis herba ini hidup di dalam bermacam – macam habitat , khasnya di kawasan berpasir di pinggir sungai , tasik atau lombong . Biasanya ia tumbuh tegak dengan ketinggian kira – kira 1.5 m . Daunnya hanya merupakan sisik yang tidak berwarna dan tumbuh berkarang di bahagian buku batang dan melekat di antara satu dengan yang lain bagi membentuk saluran yang memanjang . Sejak dahulu lagi tumbuhan ini telah digunakan untuk memcuci pinggan mangkuk atau barang – barang porselin kerana terdapatnya silika di dalamnya .

Divisi Psilotophyta

Famili Psilotaceae Psilotum complanatum Sw .

Spesis ini mempunyai taburan pantaropika tetapi amat sukar untuk ditemui .Di Semenanjung Malaysia ia hanya ditemui di Selangor , Perak dan Pahang sahaja mulai dari kawasan tanah rendah hingga pada paras ketinggian 1000 m dari aras laut . Psilotum complanatum khasnya adalah paku – pakis jenis epifit dan biasanya dijumpai dalam kebun kelapa sawit yang tumbuh menjuntai pada pelepah daun .

Kesimpulan

Tumbuhan paku – pakis atau nama lainnya pteridofit merupakan tumbuhan yang amt mudah dijumpai dan didapati tumbuh meliar di sekeliling kita . Namun demikian habitat dan ekologi tumbuhan ini amat bergantung kepada faktor alam sekitarnya seperti cahaya , hujan , perubahan suhu dan tanaman yang turut hidup di sekitarnya .

Hal ini sedemikian kerana ada paku – pakis yang hidup di tempat tinggi , tanah rendah , di dalam air mahupun menumpang pada pokok yang lain . Keadaan ini dapat dilihat melalui contoh paku – pakis yang hidup pada habitatnya sendiri . Sebagai contoh Cyathea contaminans yang hidup di kawasan tanah tinggi . Manakala Marsilea crenata yang biasanya hidup di kawasan sawah padi . Ceratopteris thalictroides pula dijumpai di kawasan tanah rendah yang mendiamai kawasan tali air . Paku – pakis epifit seperti Drymoglossum piloselloides dijumpai di atas pokok besar . Paku – pakis akuatik seperti Azollz pinnata merupakan paku – pakis yang sangat kecil .

Didapati juga ada paku – pakis yang membiak melalui spora dan pembiakan vegetatif bagi mengekalkan spesiesnya . Penghasilan gametofit ada yang bersifat apogamous dan aposporous . Keadaan ini bergantung kepada jenis paku – pakis tersebut dan ini dapat dilihat melalui kitar hidup dan penyimpangannya .

Paku – pakis yang hidup di sekitar kita ada yang boleh dimakan . Malahan sejak dahulu lagi nenek moyang kita telah menggunakannya sebagai bahan perubatan ekoran daripada pertumbuhannya yang seiring dengan kehidupan manusia seharian . Kini manusia telah mengambil langkah intensif dengan menjadikannya sebagai tumbuhan perhiasan misalnya Lycopodium , Asplenium dan Platycerium sebagai tanaman hiasan eksotik . Keadan ini bukan sahaja membantu mengekalkan tumbuhan paku – pakis ini malahan dapat mengindahkan lagi suasana . Di Sarawak , pihak MARDI ( Pontian ) telah membuka kawasan kebun sayu pucuk paku Athyrium esculentum . Keadaan ini menunjukkan bahawa ia semakin dimajukan dan dapat dijual kepada golongan penduduk tempatan .

Justeru itu dapat disimpulkan bahawa paku – pakis yang dianggap tumbuh meliar mempunyai pelbagai kegunaan seperti tumbuhan yang lain . Melalui kajian ini juga kita dapat memgenal pasti bagaimana cara pembiakan serta kitar hidup tumbuhan paku – pakis ini mengikut habitat dan pengelasannya .

Bibliografi

Dr. C. G. G. J Van Steenis . 1975 . Flora untuk sekolah di Indonesia . Pradnya Paramiat Jakarta Roger Ground . 1974 Ferns .RelhamBooks.Wallop .Hampshire .Chua Hun Pin ( Mardi . Sarawak ) . 1999 . Hobi : Koleksi tanaman unik . Agromedia .Abdul Aziz Bidin . 1986 . Paku – pakis di sekeliling kita . Dewan Bahasa dan Pustaka . Kementerian Pelajaran Malaysia . Kuala Lumpur.Audrey Piggott. 1972 . Heinemann Guide to Common Epiphytic Ferns of Malaysia and Singapore .


Tidak ada komentar:

Posting Komentar